Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Perut Membesar Lelaki 66 Tahun Ini Baru Sedar Dirinya Wanita




Seorang lelaki dari China yang tak disebutkan namanya, mengeluhkan keadaan perutnya yang kian membesar di rumah sakit di HongKong. Sebelumnya  , doktor yang memeriksa dirinya mengatakan yang sebenarnya ia berjenis kelamin wanita, bukan lelaki. Kondisi perut yang terus membesar adalah akibat dari abdomennya yang membesar kerana kista ovarium, seperti yang dilansir Daily Mail.

Meski doktor sebelumnya mengatakan dia adalah wanita, lelaki usia 66 tahun itu tetap tidak yakin dengan diagnosis tersebut. Dia merasa sejak lahir dia adalah seorang lelaki  . Dia juga memiliki janggut di dagunya  .

Menurut doktor, ini disebabkan lelaki tersebut menderita sindrom turner. Kelainan genetik yang menyerang sekitar satu dari 2,000 bayi perempuan. Dimana congenital adrenal hyperplasia yang tinggi meningkatkan hormon lelaki dalam perkembangan hidupnya. Hong Kong Medical Journal mengatakan, hanya terdapat enam kes seperti ini yang pernah terjadi di dunia.

Sindrom turner biasanya merupakan akibat dari seorang wanita yang memiliki masalah kromosom, sehingga penderita tidak subur dan memiliki tinggi badan yang rendah.

Wanita yang menderita sindrom ini akan kehilangan satu atau beberapa bahagian dari kromosom X . Sedangkan congenital adrenal hyperplasia mempengaruhi karakteristik lelaki dalam tubuh penderita yang muncul secara cepat dan tidak normal  .

Pesakit  ini telah membesar sebagai yatim piatu dan berhenti meninggi setelah mencapai masa puber di usia 10 tahun. Tinggi badannya hanya 4.5 kaki dan ukuran penisnya lebih kecil dari ukuran rata-rata atau disebut penis mikro.

Dia juga belum pernah melakukan ujian medis apapun sebelumnya mengenai kondisinya tersebut. Wanita yang menderita kelainan seperti ini biasanya akan memiliki organ reproduksi normal, tapi mereka akan memiliki masalah kesuburan  .  

SUMBER
0 komentar

Lelaki pecah rumah tidur bogel dengan wanita gila

myMetro

LAMPANG: Seorang lelaki menyelinap masuk ke sebuah rumah dan ditangkap berbaring bersama seorang wanita sakit mental, kata polis, semalam.
Lelaki itu, Thong Tomee memberitahu polis, dia tidak mengadakan hubungan seks dengan wanita berusia 30 tahun itu dan hanya berbogel dan baring di sebelahnya kerana dia merasa panas. 
Adik lelaki wanita pesakit mental itu memberitahu polis, dia dan anggota keluarganya keluar membeli-belah dan meninggalkan wanita itu berseorangan di rumah.

Apabila mereka pulang, mereka melihat sebuah motosikal di letak di hadapan rumah dan mengesyaki rumah mereka dipecah.


Mereka terus ke bilik adik perempuan mereka dan terkejut melihat Thong tidur dalam keadaan berbogel di sebelahnya.


Suspek didakwa menceroboh dan berkelakuan tidak senonoh. Wanita itu akan diperiksa sekiranya ada tanda dirogol. - JP
0 komentar

Teriak Allahu Akhbar Lelaki Yahudi Ditembak Mati Polis Israel

Jumaat, 21 Jun 2013
  Aparat Israel di Tembok Ratapan (Foto: Demotix) 
 Anggota keselamatan Israel di Tembok Ratapan (Foto: Demotix)
YERUSALEM – Seorang lelaki Yahudi ditembak Polis  Israel di Kota Yerusalem. Anggota keselamatan pada mulanya menyangka    dia seorang militan Palestin .
 
Seperti dilansir BBC, Jumaat (21/6/2013), lelaki yang diungkap identitinya itu bersikap mencurigakan sebelum ditembak polis . Dia meneriakkan “Allahu Akhbar” ke arah anggota keselamatan yang sedang berjaga.
 
Dia juga berlaku seperti ingin melemparkan sesuatu dari kantongnya. Merasa terancam, pegawai keselamatan terus   memberondong lelaki itu dengan beberapa tembakan.
 
Identiti lelaki itu baru diketahui setelah ditembak. Tidak diketahui alasan kenapa dia berteriak ke arah anggota keselamatan .
 
Penembakan terjadi di kompleks Tembok Ratapan. Kompleks itu selalu dijaga ketat oleh tentera Israel. Selain dianggap sebagai tempat suci, wilayah sekitar kompleks itu kerapkali menjadi lokasi bentrokan warga Israel dengan Palestin .
(ade)okezone
0 komentar

VIDEO Lelaki Jerit Ada Bom Dalam Pesawat


SEORANG lelaki terpaksa dibawa turun secara paksa daripada sebuah pesawat selepas dia menjerit beberapa kali, terdapat bom dalam pesawat berkenaan ketika penerbangan.

Lelaki itu di dalam video di atas menjerit sedemikian dalam pesawat untuk penerbangan yang berlepas dari Fort Lauderdale, Florida ke Atlanta Jumaat lepas.

Penumpang lain tidak menjadi panik kerana teriakan lelaki itu sebaliknya terganggu dengan lelaki itu yang tidak mahu diam.

Video yang dimuatnaik di dalam Youtube menunjukkan lelaki berkenaan sedang bercakap dengan pihak polis dalam pesawat Spirit Airlines penerbangan 404.

Sebaik pihak polis meminta lelaki itu keluar dari pesawat, dia mula menjerit ada bom di dalam pesawat itu.

“Ada bom dalam pesawat ini, jika polis ini membawa saya keluar, saya akan letupkan pesawat ini,” pekik lelaki itu.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu sentiasa mengganggu penumpang lain sepanjang penerbangan sejam setengah itu, termasuk membaling barangan kepada penumpang lain di samping mengeluarkan kata-kata kesat.

Selepas berjaya dikeluarkan dari pesawat lelaki itu dibawa ke Hospital Grady Memorial untuk penilaian perubatan, menurut kenyataan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield Jackson.

Menurut pihak berkuasa, tiada bom ditemui seperti didakwa lelaki berkenaan dan dia boleh didakwa atas perbuatannya menakutkan penumpang lain.

0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Nina Bobo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger