VIDEO Lelaki Jerit Ada Bom Dalam Pesawat


SEORANG lelaki terpaksa dibawa turun secara paksa daripada sebuah pesawat selepas dia menjerit beberapa kali, terdapat bom dalam pesawat berkenaan ketika penerbangan.

Lelaki itu di dalam video di atas menjerit sedemikian dalam pesawat untuk penerbangan yang berlepas dari Fort Lauderdale, Florida ke Atlanta Jumaat lepas.

Penumpang lain tidak menjadi panik kerana teriakan lelaki itu sebaliknya terganggu dengan lelaki itu yang tidak mahu diam.

Video yang dimuatnaik di dalam Youtube menunjukkan lelaki berkenaan sedang bercakap dengan pihak polis dalam pesawat Spirit Airlines penerbangan 404.

Sebaik pihak polis meminta lelaki itu keluar dari pesawat, dia mula menjerit ada bom di dalam pesawat itu.

“Ada bom dalam pesawat ini, jika polis ini membawa saya keluar, saya akan letupkan pesawat ini,” pekik lelaki itu.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu sentiasa mengganggu penumpang lain sepanjang penerbangan sejam setengah itu, termasuk membaling barangan kepada penumpang lain di samping mengeluarkan kata-kata kesat.

Selepas berjaya dikeluarkan dari pesawat lelaki itu dibawa ke Hospital Grady Memorial untuk penilaian perubatan, menurut kenyataan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield Jackson.

Menurut pihak berkuasa, tiada bom ditemui seperti didakwa lelaki berkenaan dan dia boleh didakwa atas perbuatannya menakutkan penumpang lain.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Nina Bobo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger