Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label wajib. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wajib. Tampilkan semua postingan

Bahasa Inggeris mungkin mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM kata Muhyiddin



February 23, 2013 TMI
KOTA KINABALU, 23 Feb — Kerajaan sedia mengkaji kemungkinan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun saranan itu hanya akan dilaksanakan apabila pelajar dan sistem pembelajaran telah bersedia.

"Ramai memberitahu kepada saya, walaupun pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah sudah baik tetapi ada yang cakap ini belum cukup dan perlu ada usaha untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar di seluruh negara.

 "Mungkin dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi, kita akan menetapkan supaya lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM menjadi satu perkara yang wajib...mesti lulus, katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Guru Muda Malaysia yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, dekat sini hari ini.

Bagi mencapai tujuan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kementeriannya akan menentukan terlebih dahulu "guru yang opsyennya bahasa Inggeris dapat mendidik anak-anak ilmu bahasa supaya ia dapat menguasai bahasa Inggeris seperti apa yang dicapai di negara maju di dunia pada hari ini". — Bernama
0 komentar

rahsia penjual kereta wajib baca kalau nak beli kereta



Sekadar perkongsian ttg jurujual kereta yg kdg2 kita x sedar..

Iklan
Bila dorg(jurujual kereta) menyiarkan iklan kereta, dorg akan letak harga kereta paling murah. Gambar pula akan dorg letakkan antara koleksi gambar tercantik.
Bila anda telefon dorg, barulah dorg akan memberitahu anda bahawa kereta itu tiada air bag, tingkap manual, tiada side skirt dan sebagainya. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan reaksi pertama anda. Dan kemudian akan lebih mudahlah kerja dorg.

Trade in
Apabila anda cuba trade in kereta anda mesti anda akan bercakap keadaan kereta anda dijaga dengan elok, tiada kerosakan, pemilik seorang yang cermat dan sebagainya. diorg(jurujual kereta) hanya mendengarkan sahaja leteran anda. Itupun disebabkan untuk menjaga hati anda. Kalau nk diikotkan diorg bukan nk dengar sangat pun. Tapi disebabkan anda yang akan memberi diorg wang dorg ikutkan sahaja. Anda perlu ingat siapa sebenarnya jurujual. Anda atau Diorg??

Tawar menawar
Diorg suka sgt kalau anda tawar menawar dalam masa yang sama cuba trade in kereta anda. Ini amat-amat memudahkan kerja diorg. Diorg akan lebih fokuskan kebaikan kepada kereta yang anda hendak beli.
Pasal soal harga trade in?? diorg ikot jela berapa yang anda nak. Anda membebel lah sorang-sorang. Asalkan harga yang anda mintak jangan lebih daripada harga yang diorg dah set ja. Klu anda tidak ada kemahiran tawar-menawar diorg akn dapat untung lebih sikit. Yang penting anda beli kereta baru.

Maklumat
Sebenarnya time diorg berborak-borak dengan anda, diorg akan jugak test-test anda dengan beberapa soalan tapi sebenarnya anda tidak akan perasan pun itu sebenarnya soalan.
Diorg bukannya apa, diorg cuma nk tau je berapa banyak maklumat yang anda tahu pasal kereta. Senangla diorg nk letak harga nanti. Diorg lagi sukakan kalau banyak maklumat yang anda tidak tahu. Diorg sentiasa sudi menceritakan semuanya kepada anda. Upah untuk diorg bercerita tu tak payah kire la, free of charge. Sebab diorg memang gemar bercerita maklum la jurujual.

Layanan
Kalau anda tengok kat luar diorg ni seorang pendiam, tidak banyak cakap, tetapi time jual kereta diorg berubah tu anda faham2 la ye. Diorg cari rezeki. Kalau boleh memang diorg nk layan anda macam raja. Nk puji anda kalau boleh bia sampai balik pun tersengeh-sengeh teringat pujian yang diorg berikan. Tapi diorg puji sebenarnya bukan ikhlas sangat pun. Anda janganla perasan lebih sangat. Diorg rela memberi layanan istimewa kepada anda asalkan anda beli kereta daripada diorg.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Nina Bobo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger