Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label pr. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pr. Tampilkan semua postingan

Merdeka Center Saingan sengit PR di depan

Wartawan Sinar Harian 3 Mei 2013
PRU13 PRU13
SHAH ALAM - Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhadapan dengan saingan "amat sengit" dalam menguasai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun PR dilihat mempunyai sedikit kelebihan dan berada di depan.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, PR dilihat menguasai 89 kerusi sekarang berbanding 85 bagi BN.

Kedua-dua perikatan itu bersaing keras untuk merebut baki 46 kerusi manakal parti Star dan Parti Pekerja Sarawak (SWP) boleh menguasai masing-masing satu kerusi.

Kerusi-kerusi BN itu, 50 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (16) dan Sarawak (19).

Sementara itu, daripada 89 kerusi PR, 81 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (tiga) dan Sarawak (lima).

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 28 April dan 2 Mei. Pengundian PRU13 akan diadakan Ahad ini.

Tempoh berkempen 15 hari akan berakhir tengah malam ini.

Ketika mengulas lanjut berkata, Ibrahim berkata, daripada 46 kerusi yang menjadi rebutan BN dan PR, sebahagian besar berada di Pantai Barat Semenanjung.

Antara kerusi-kerusi yang termasuk dalam senarai 46 itu ialah Balik Pulau, Setiawangsa, Bandar Tun Razak, Padang Rengas dan Merbok.

Pada PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala komponen PR menguasai 82 kerusi.

Ketika Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu, BN menguasai 137 kerusi di Parlimen.

"Dalam kajian yang kami kendalikan, 42 peratus pengundi bersetuju bahawa Pakatan Rakyat perlu diberi satu peluang untuk memerintah negara ini manakala 41 peratus merasakan BN masih boleh memerintah negara ini," kata Ibrahim dalam kenyataannya.

Sebanyak empat peratus responden enggan mengulas manakala 13 peratus mengatakan mereka tidak tahu.

Kajian ini melibatkan seramai 1,600 pengundi berusia 21 tahun ke atas. Kajian dikendalikan menerusi telefon.

Ibrahim berkata, tinjauan kajian pihaknya juga menunjukkan tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot daripada 64 peratus kepada 61 peratus.

Populariti Najib dalam lingkungan 64 peratus ketika tempoh kajian dikendalikan dari 12 hingga 17 Mac lalu.

"Ini menunjukkan penurunan dalam persekitaran mesra yang dijana susulan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan insentif-insentif lain," katanya lagi.
0 komentar

Kajian Unisel Jangkaan menang PR 50 6 sedangkan BN 49 4

  

SHAH ALAM 30 APRIL: Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (Pakatan) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam PRU 13.Di peringkat negeri Selangor pula, Pakatan mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13.Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.Pembentangan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azziz itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU 13 di peringkat persekutuan dan negeri.
Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan Pakatan akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang.
Manakala responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan Pakatan akan menang.Sementara itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebanyak 63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.Pembentangan kajian impak program kerajaan terhadap pola pengundian di Selangor menjelang PRU yang diadakan di Menara Yayasan Selangor itu turut turut mendapati inisiatif 20 meter padu air percuma sebulan paling disukai iaitu sebanyak 91 responden menyokongnya.

Kajian berkaitan persepsi positif terhadap program kerajaan negeri mendapati sebanyak 79 peratus menyokong program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), 77 peratus menyokong program baucar RM100 Jom Shopping Warga Emas, 83 peratus menyokong hadiah anak masuk universiti RM1,000 dan 83 peratus menyokong khairat kematian RM2,500. 
keadilandaily
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Nina Bobo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger