Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label nikah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label nikah. Tampilkan semua postingan

Riz Amin Nikah 15 November Ini





Walaupun namanya agak kurang menyerlah di kalangan peminat industri hiburan, namun jejaka tinggi lampai ini sudah pun membintangi ratusan drama di kaca televisyen.

Pada 15 November ini juga, Riz Amin atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangnya, Sharifah Fazlina Syed Fuad Shahabuddin.

“Majlis nikah akan diadakan di Masjid Tuanku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Majlis keramaian keesokan harinya di Kompleks Perbadanan Putrajaya,” kata Riz dipetik menerusi akhbar mingguan, Bipop.

Pengantin lelaki akan menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak pengantin perempuan.

Riz juga menyatakan status sebagai suami orang bukan menjadi penghalang buatnya untuk terus bergiat aktif dalam bidang lakonan.

“Status sudah berkahwin bukan lagi masalah, cari rezeki dalam dunia lakonan,” katanya lagi.

Oleh: AUDREY LEE
0 komentar

Diana Amir Pilih Nikah Sederhana


SEJUK  hati kami membaca kenyataan pelakon, Diana Amir, 27, mengenai persiapan pernikahannya yang akan berlangsung pada 25 Oktober depan.

Memilih pensyarah, Mohd. Habib Bullah A. Rahman, 26, sebagai pasangannya, tiada dulang hantaran yang akan dipersembahkan pada majlis bertemakan ‘crystal garden’ itu nanti, memetik laporan GUA.

Menurut Diana, nikah merupakan perkara mudah dan dia tidak mahu menyusahkan pasangannya.

“Hanya senaskhah Al-Quran, cincin dan mas kahwin. Kami hanya ingin mengetengahkan ajaran Islam,” jelasnya.

Ditanya mengenai pilihan hatinya itu, Diana berkata, ilmu agama yang dimiliki Mohd. Habib menjadikan dia yakin tunangnya itu mampu membimbingnya suatu hari nanti.

“Walaupun dia bukan seorang ustaz tapi dia pernah belajar di Maktab Mahmud.

“Dia juga sering menjadi semangat ketika saya melalui saat-saat sukar,” ujarnya.


Bagus sekali cara Diana ini. Bukan wang ringgit dan kemewahan majlis yang menjadi ukuran kebahagiaan, tetapi ilmu agama yang dipraktikkan dalam rumahtangga nanti.

Kami harap pernikahan pasangan ini dapatlah dijadikan contoh buat bakal pengantin di luar sana.

Oleh: ELZA
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Nina Bobo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger